CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 20, 2011

bahaya kemewahan

 




assalam..
tadi aku sedang duduk di dalam kereta menunggu ayahku mencocok duit untuk pergi membeli belah barang dapur . ak ternampak sebuah buku kuning yang kemek dihimpap barang ayahku . buku tsebut terbukak sedikit dan ak ternampak tulisan jawi lantas ak ambik buku tersebut . ak tak tahu kenapa ak rasa tertari nak baca seteleah ak selak2 sedikit muka surat demi muka surat . ak rasa banayk tajuk2 yg menarik minat ak . buku ni btajuk SEDARKAH KAMU WAHAI MANUSIA yg menghimpunkan pesanan dari hadis dan ak-Quran . ak sangat tertarik kat tajuk bahaya kemewahan dan lantas dengan tidak pandang ke kiri ke kanan ak tros baca .

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. :
Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w di dalam masjid. tiba-tiba dtg Mus'ab bin Umair r.a dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yg btampung dgn kulit. tatkala Rasulullah s.a.w melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yg terpaksa meninggalkan harta benda dan kekayaan di Mekah). kemudian Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"bagaimana keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi pergi dengan 1 pakaian dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. dan bila diangkat satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Kaabah?" 
maka jawab sahabat,

"wahai Rasulullah s.a.w tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak susah mencari rezeki" 

lalu Nabi s.a.w bersabda 
"tidak! keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu"


hadis ini menerangkan bahawa manusia mendapat kekayaan dan kelapangan dlm kehidupan, pagi-ptang pakaian silih ganti, hidangan mkanan x ptus2, rumah tsergam indah dgn hiasan yg bermacam2 sring menyangka apabila semuanya sudah ada, maka senanglah hendak buat ibadat.

namun Rasulullah s.a.w mengatakan "keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik utk kita" ertinya lebih memungkinkan kita utk beribadat. kemewahan hdup banyak menghalang seseorang dari beribadat kpd Allah s.a.w. sepertimana yg berlaku d hari ini. kekayaan n kemewahan yg ada, selalu menyibukkan kita n menghalang dri beribadah. kita sibuk menghimpun harta n sibuk menjaganya n sibuk utk menambahkan lagi. x ubah spt yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w "seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai jurang emas, dia berhasrat utk cari jurang yg kedua, sehinggalah dia masuk ke dalam tanah (menemui kematian)"


begitulah gambaran yg sebenar thadap ketamakan manusia dlm menghimpun harta kekayaan. ia sentiasa mencari n menambah, sehinggalah ia menemui kematian. maka itu barulah ia sedar dengan seribu penyesalan. tetapi di saat itu masih tidak berguna lagi. biarkan kita mencari harta benda di dunia pada batas-batas kepercayaan luaran sahaja, kalau berlebihan bolehlah digunakan utk menolong org lain yg kurang bnasib baik, suka menderma n suka bsedekah, sebagai perhitungan utk masa akhirat n ia menjadikan dunia ini bertanam dan akhirat tempat memtik buahnya.

No comments:

Post a Comment